:)

Bukan saya nak guna suka-suka. Semuanya ada sebab. Saya dah tak larat nak balik malam-malam. Sejuk sangat kena udara malam sampai menusuk ke tulang rusuk. Sakit dada saya. Ada sampai satu tahap gigi saya macam dah longgar dek kerana ketap menahan sejuk. Saya juga rabun dan mempunyai silau mata yang tinggi. Saya juga mempunyai fobia terhadapat jalan yang licin. Terus terang saya bagitahu bahawa bila saya memandu kereta pun saya masih lagi fobia terhadap ajalan licin terutamanya waktu hujan dan selepasnya. Tapi sekurang-kurangnya saya rasa sedikit selamat berbanding ketika menunggang motor. Saya nak ‘pinjam’ kereta untuk 2-3 hari je. Lagi pun sekarang kan musim hujan. Takkan tak perasan? Ataupun hujan tu sebenarnya turun hanya pada saya sahaja? Saya pun ada final exam. Ditambah pula Final Year Project lagi tidak seperti awak yang hanya ada final exam sahaja. Tapi saya tak pernah ‘jual’ cerita susah payah saya. Saya tak pernah merungut cerita susah saya ke hulu-hilir membawa report dan panel project saya, barang-barang project saya yang besar-besar menaiki skuter waktu keadaan cuaca yang tidak menentu kalau nak dibandingkan awak yang hanya bawa alat elektronik yang boleh disimpan di dalam backpack. 

Kalau nak diiukutkan saya lagi berhak menggunakan kereta dari awak. Saya la yang bertekak dengan orang yang selfish untuk membuatkan awak dapat kereta. Tapi sayang. Awak pun selfish jugak. Sangat-sangat selfish. Saya rasa seperti pengemis dalam keluarga sendiri. Dah banyak kali saya minta guna kereta tapi macam-macam alasan awak bagi.  Dari alasan untuk ke kelas, untuk band sampai untuk study. Saya boleh terima alasan awak untuk ke kelas. Tapi saya tak boleh terima alasan untuk band dan study awak. Band awak ada 10 orang ahli. Takkan mereka lansung tak ada hati perut untuk tumpangkan awak? Kamon la. Atau awak sebenarnya mempunyai rasa jiwa yang ‘yeahh, aku ada band. Aku kena style. Dah pakai style-style takkan nak tumpang orang ataupun naik public transport’ seperti itu. Itu agak menyedihkan sekali.

Dan untuk alasan study. Sebenarnya saya ok je pasal study awak. Lebih-lebih lagi study untuk final exam. Tapi berpada-pada la. Awak cakap awak study kat rumah kawan awak di Gombak dan akan menetap di sana sepanjang final exam berlansung. Jadi di sini saya nak pertikaikan kepentingan kereta terhadap awak. Saya tak rasa penggunaan kereta itu penting untuk awak kerana awak akan duduk di situ dalam jangka masa yang lama. Bukannya ke sana sini setiap masa. Dan saya boleh offer diri saya untuk hantar awak ke Gombak. Tapi alasan awak ialah taknak susahkan kawan. Takpe, saya ada skuter kepunyaan awak yang saya sedang guna sekarang. Kita boleh tukar pakai. Tapi alasan awak hujan. Saya pelik sungguh. Saya google map. Saya kecewa gila. Wangsa Maju dan Gombak seperti sekangkang kera. Tidak seperti saya yang kena ke Subang Jaya seterusnya ke Shah Alam dan seterusnya ke Bangsar dari rumah saya di Cheras. Saya rasa perjalanan saya berganda-ganda jauhnya kalau nak dibandingkan dengan perjalanan awak.

Tapi tak mengapa. Saya mungkin abang yang panas baran tapi saya tak suka tunjuk kemarahan saya. Saya lebih suka simpan segala jenis perasaan saya. Saya redha je apa yang awak buat kat sana. Mungkin hidup saya tak penting untuk awak tapi hidup awak penting bagi saya. Awak buat la apa-apa yang boleh gembirakan diri awak. Yang penting awak tak susah. Gunakan kemudahan yang saya telah beralah dengan awak sebaik mungkin. Saya harap awak, study awak, band awak dan final exam awak berjaya tanpa cacat cela.

P.s.1: Malam semalam waktu saya kesejukkan menunggang skuter di highway NPE saya nampak awat pandu kereta laju memotong saya. Saya tak pasti samada awak perasan saya di bahu jalan ataupun awak buat2 tak nampak saya. Mungkin awak dah lupa rupa bentuk dan nombor plat skuter awak yang saya tunggang ni. Agak sayu juga la saya nampak awak laju meluncur meninggalkan saya di tepi jalan. Semoga tuhan limpahi kesenangan ke atas diri awak :)

P.s.2: Saya pun ada band jugak seperti awak. Saya ada 3 band kalau nak dibandingkan dengan awak yang hanya sessionist untuk band awak tu. saya memerlukan 3 tangan (bass guitar dan pedalboard) untuk mengangkat equipment saya kalau nak bandingkan awak yang hanya menggunakan 3 jari sahaja untuk mengangkat equipment awak yang bersaiz kertas A3 lebih kurang. Tak cukup buta lagi ke?

P.s.3: Ada juga kawan-kawan band saya perli saya pasal saya selalu menggunakan dorang untuk bawakan equipment muzik saya dan tumpangkan saya. Tebal muka saya. Telinga saya pun rasa macam panas je. Tapi saya sabar seperti mana saya sabar dengan kerenah awak dan adik saya yang satu lagi.